♥_♥ Followers ♥_♥

Thursday, November 19, 2009

TENSION

Pagi² dah bangun n siap² nak gi check up kat klinik ibu anak @ Klang. Disebabkan klinik kerajaan so kenalah gi awal² supaya dpt giliran awal kan. Sampai jer pagi td tgk² dah ramai yang menunggu. Terima jer la kan dpt no giliran berapa pun pada mulanyer. Pukul 9pg misi dah panggil utk timbang, pas tu disuruhnyer amik air ken****. Tunggu lagi nak check BP pulak. Dah siap check BP, tunggu lagi nak amik DARAH pulak. Pasal darahku kurang so kena amik FBC, amik darah kena anto lab utk diuji. Time lama lah tunggu sbb ramai kan.

Tunggu punyer tunggu dlm pukul 10.30 namaku dipanggil. Ingatkan misi nak check perut rupanyer kena dengar CERAMAH lagi. Sure darah kurang lagi nie dlm hati berkata-kata. Dengar jer la kan, apa boleh buat dah nasib badan. Tunggu lagi dlm 10 minit gak baru Doktor nie datang nak kasi ceramah kononnyer. Rupanyer dier sengih², pas tuh tanya tahu tak kenapa ibu² semua ada kat situh? aku buat bodoh jer sbb dah bengang kan. sengih² lagi Doktor tuh, nak cakap pun tak reti habis tuh sibuk nak kasi ceramah kat kami konon. Asik duk tanya jer, bukan ceramah pun. Sbb 2 minggu lepas dah dengar ceramah pasal Anemia nie. Tuh yg tension jer dengar. Benda yang sama jugak diulang² bagi tahu and tanya. Habis jer sessi soal jawab tuh tunggu lagi dlm 15 minit kut utk check perut (misi jer nie, bukan doktor ok). Dah siap check perut, confirm kene gi belakang jumpa DOKTOR pulak.

Ok bab tunggu n tunggu nie yang satu penyiksaan rasanyer tau. Sampai jer bilik belakang tuh, tengok dah ramai ibu² yang menunggu giliran. Nasib kad aku terlepas ke bilik doktor dah. Kalau tak sure misi susruh dtg pukul 2ptg pulak sbb jam dah pukul 12 tgh. Doktor bertugas pulak seorang jer time tuh. Sure lambat giler nie. Masing² tgk muka pun dah penat n tension time tuh. Since dah lama tunggu n dah penat menunggu aku nekad terus masuk bilik doktor tanya biler giliran aku. Doktor suruh pi makan dulu kalau dah pening. Alasan pening ingatkan boleh cepat. rupanyer TIDAK. So aku pun ajaklah hubby pi lunch dulu kat kedai mamak seberang jalan tu jer. Kat situ kena tunggu lagi. tension betul sbb ramai budak² sekolah order roti canai, me goreng n nasi goreng. Kami pun order nasi goreng kononnyer tak nak makan kari mamak tuh. Alih2 dah penat tunggu, nekad cancel order, makan gak kasi mamak tuh ngan hubby. Dpt bil jer, ha ko siap 2 org makan kena RM14.80. malas nak bertekak, bayar jer.

Balik ke klinik, tengok org dah kurang. May be ada yang dah siap jumpa doktor or may be masing² gi lunch kut. Tak lama tunggu, nama di panggil. Doktor check semua, next appointment 3 Dec lak, siap kena scan lagi sbb hb<11gm.

Wednesday, November 18, 2009

Adam rindu kakak

Adam kebosanan malam nie sebab tak der kakak² nak melayan dia main. Biasa main dengan kakak, gaduh² dengan kakak dll. Sampai nak tido pun kena marah/paksa baru nak tidur. Malam semalam tak terasa bosan sebab lepas jer menyusu terus tertido. Ibu yg duk ngadap komputer jer sambil²lah melayan Adam sembang n main. Ayah keluar gi jumpa kawan dier. Klau tak boleh jugak ayah melayan.

Sibuk suruh amik gambar dier tengah menyusu nie....layankan jer lah kan. Sian x der kawan nak main. Lepas snap sibuk nak tengok gambar tuh. Terus upload masuk komputer senang nak tunjukkan kat dier. Ada jugak idea nak update blog kan.

Tetiba tengah duk kacau ibu edit gambar nie, Adam mengadu RINDU KAKAK. Mintak telefon kakak terus nak cakap dengan kakak Alya n Ana. Layan lagi. Sempat lg suruh amik gambar dier tengah bercakap dengan kakak dier.




Ntah apa yang disembangkan pun tak tau...asik sebut
TIPU!
TIPU!
TIPU!

2 thn


Dua tahun yang lepas daddy Din ngan mummy Ina telah dikurniakan seorang cahayamata yang comei lagi tembam. Puterinyer diberi nama Dina Riezah.


Tahun lepas mummy n daddy menyambut ulangthn pertama Dina dengan meriah sekali. Tahun nie, mummy and daddy banyak habis duit ke rumah baru so no party yer sayang. menurut sms mummy hari nie pun Dina DEMAM. Ala siannyer anak ibu sorang nie. Demamlah pulak. menurut mummynyer lagi mungkin buat gak sikit kut later. Plan raya haji kut. Sorry ibu x leh la join sbb ibu ada di Penang time tuh. Anyway:


HAPPY BIRTHDAY DINA RIEZAH!

2 TAHUN.

Tuesday, November 17, 2009

Konvokesyen

Terasa sunyi lah pulak malam nie. Adam dah tido. Sbb siang tak tido so mlm tido awallah. Hubby keluar jap pi beli sup utk makan malam. Malas nak masak sebab 2 org jer nak makan. me n hubby.


Alya ngan Ana dah selamat balik ke kampung dengan mak su nyer tghari td. Depa balik naik komuter dr Bukit Badak ke Tg.Malim. 2 kali kena tikar train. Sekali di KL Sentral dan sekali lagi di Rawang. Mulanyer cam tak harap nak lepaskan anak2 nie balik ngan adik. Ye la kan, sbb nak kena tukar train bagai nie. Takut tercicir ker kat KL Sentral nanti, dah la tempat tu ramai orang. Tp alhamdulillah selamat sampai dah pukul 330 pm cam tuh. Opah n tok wan dah siap tunggu kat Stesen Tg Malim sebelum depa sampai.

Selingan berhenti dinner jap ngan td ngan hubby. Ala2 candle light dinner pulak katanyer. Hehehe. Dah 2 orang jer makan kan. Bertentang mata lak tuh. Ewah! Ewah!

Ok sambung cerita, pagi tadi pegi sekolah Ana. Ada hari kecemerlangan. Konvokesyen la kononnyer. Pegi sorang jer. Hubby keje, Adam anto rumah Yati, mak su kat rumah, tido n Alya kat rumah ngan mak sunyer, melayan TV. Majlis bermula tepat pukul 8.30pg. Siap dapat bihun goreng tuh ngan roti krim, air n muffin. Mula dengan ucapan n perasmian oleh ketua Kampung. Seterusnyer majlis penyampaian hadiah utk pelajar cemerlang, pelajar harapan. Majlis si selang dengan persembahan murid 6 tahun. Pentomin kisah dr mula perkahwinan , melahirkan, membesarkan dan mendidik anak hingga berjaya. Sungguh melucukan dilakonkan oleh anak2 6 tahun. Tapi message yg hendak disampaikan tuh yang penting.

Sebelum majlis penyampaian sijil murid 6 thn, persembahan oleh kumpulan nasyid An-Nur. Ana pun ada dalam kumpulan nasyid nie. Mmg hafal betul dier ngan lagu2 nie. Tiap2 hari kat rumah asik duk nyanyi jer.

Majlis selesai dlm pukul 11 jugaklah. Setelah selesai penyampaian sijil terus jumpa cikgunyer ambil report card dan terus balik. Siap2 semua terus minta tolong yati antokan kat komuter Bukit Badak. Adam mengamuk nak ikut.

Saturday, November 14, 2009

Meeting


malam2 meeting? ah suka hati akulah kan. meeting maksudnyer mesyuarat/perjumpaan beramai2 kan? so kisahnyer aku nie baru jer balik dr perjumpaan di antara family mertua ku dengan bakal bisannyer. kami berbincang hendak menetapkan tarikh pernikahan adik iparku. sape dier? ha carilah sendiri yer. bincang punyer bincang, maka dengan setuju menetapkan pernikahan akan dilangsungkan pada cuti thn baru cina thn depan. tp tarikh blm ditetapkan lagi sbb masing2 x der kalender thn 2010 tadi.

aku balik jer rumah terus google date public holiday 2010. maka jatuh pada 14 Feb 2010. (valentine's day tuh) tp nikah may be 13hb tuh sebab masa bincang td katanyer nikah sehari sebelum majlis persandingan. mungkin petang sabtu lepas zohor atau lepas asar gitulah ceritanyer. maka dengan itu, aku yang tengah sarat nie, hanya jd pemerhati jer la nanti. tolong sikit jer la yer mana yang larat. satu lagi aku kena pakai baju pregnant...arghhh tidak!!!!! perut sure dah nampak sangat time tuh. x bestnyer. tp x per, boleh rehat sikit kan. inilah peluang keemasan bagiku. hehehe. sorry yer dik...k long hanya mampu merancang.


New Hobby

Hobi terbaruku, membuat clip hair nie. Susah payah cari FELT nie nak buat tau. Mulanyer nak order online jer dr member blog lain tp lelama terjumpa kat satu kedai ni di Klang jer. So terus rembat beli 10 color terus. Habislah dlm RM40 gak. Beli FELT, benang dll. Firts trial buatkan anak buahku clip hair, Dina Riezah. Kebetulan birthday Dina 18hb nie. Nielah hadiah "IBU" utk Dina yer. Nanti IBU buatkan STAR pulak yer utk Dina. Dina nak STAR kan?



Flower nie belum siap...plan nak buat BROOCH pulak...boleh pakai masa my cousin kawin nanti. Wah wah....melaram ko yer Eina. Hahahahaha.....bestnyer. Tp baju color apa yer? Purple + Grey kut menurut kata adikku. So color apa nak buar brooch nie...mmmmm. Buat jer lah color apa pun then match kemudianlah.

Wednesday, November 11, 2009

9th Anniversary

Hari ini genaplah 9 thn usia perkahwinan kami. Alhamdulillah kami dikurniakan-Nya 3 org cahayamata dan InsyaAllah dengan izin-Nya thn depan bertambah lagi seorang cahayamata kami. Doakan semoga semuanyer selamat.

9 thn yang lepas, tanggal 11 Nov jam 5ptg (selepas solat Asar) maka rasminyer aku menjadi isteri kepada Mohd Farizal bin Bakri. Suka, sedih dan macam2 lagi perasaan ketika itu. Setelah selesai semua akad, maka suami melangkah kaki ke rumah Hj Salleh utk upacara membatalkan air sembahyang. ewah ewah.....bercerita pulak yer. Aku x sempat ke masjid utk akad nikah sebab mak andam aku tuh lambat make up. Geram jer masa tuh tau. Tp apa pun semua berjalan dengan lancar. Petang tuh jugak ada bergambar dan bertukar2 persalinan sikit. sikit jer tau...tak banyak 2 pasang jer kut. tak mampu nak amik banyak2. Baju Perak n gaun jer klu x silap. Malam tuh ada majlis berinai sikit. Lepas majlis berinai suami dan rombongan bertolak balik semula ke Klang. Esoknyer baru dtg semula utk majlis persandingan.




maka malam tuh sibuklah dengan persiapan terakhir.

Esoknyer, majlis persandingan dimulakan dengan kompang dan tepung tawar kedua pihak pengantin. Alhamdulillah cuaca agak baik hr tuh. Majlis selesai dengan meriah sekali. Amin.

Majlis bertandang ke rumah belah lelaki minggu depannyer...19hb.

Sekianlah sudah cerita kali ini.....hahahahahaha best tak?

Monday, November 9, 2009

Training

Salam di hari Isnin...mood nak keje x der tp mood nak update blog pulak datang. Alhamdulillah setelah melalui saat² getir , eh getir ker? Saat² mabuk sebelum ini, sekarang semuanyer berlalu pergi. Asik laparlah pulak. Rutin check up pun kena 2 minggu sekali sbb ANEMIA (Hb<11g).>

Berbalik kepada cerita sebenar. Semalam mula ajar anak² menggosok baju sekolah sendiri. Weekend jer la. hari sekolah x suruh lah. Semalam dptlah 3 hari punyer baju sekolah. So tinggal 2 hari jer utk aku menggosok. Kurang sikit keje kan. Tp ye la kan....semua sedia maklumlah kualiti hasil gosokan cam ner kan. Mmg x memuaskan hatilah kan. Tp x per, masih belajar n baru percubaan pertama. InsyaAllah next week boleh usaha lagi yer. Jangan give up sudah n malas.
Ana yang tengah menggosok seluar sekolahnyer. Kesian Ana, berat yer iron ibu tuh? Tak per kalau Ana rajin menggosok nanti, ibu belikan iron baru yang ringan yer. Senang Ana nak gosok baju sendiri kan.

marah dier ibu nak snap gambar nie tau. Ana nie kan mmg x suka bergambar. tp ibu curi² gak amik gambar Ana yg gigih/bersemangat iron seluar sekolah.

Now, turn kakak pulak menggosok tudung sekolah. Part nie mmg susah sikit sebab tudung tuh licin kan. Tp x per, lain kali insyaAllah kakak boleh buat kan. kakak kena rajin tolong ibu tau.



Dapat jer utk 3 hari punyer persalinan, masing² kepenatan. Kesian anak ibu. Tp kakak² kena belajar sebab sampai biler nak ibu jer buatkan utk kakak kan. Thn depan lagilah seorang 2 pasang sehari (sekolah agama sepasang, sek keb sepasang) so 2 orang dah 4 pasang nak kena gosok nanti. Kalau tak ajar dr sekarang biler lagi kan. Nie pun sebenarnyer x harap tp terpaksa juga ajar sbb dah besar n boleh buat. Dulu² kasu sekolah pun aku cucikan sbb biar anak² cuci sendiri mmg x puas hati. masih nampak kesan kotor n kapur pun x sekata. Now, aku buat² x nampak, biarkan jer Alya n Ana buat sendiri. Kadang² jer la biler tgk kotor sangat², barulah aku rendam balik kasut tuh n berus semula. Kapur kasut pun masih dlm pemerhatian ibu nie. Kalau tak main cincai jer kapur. Nak² Alya....mmg susah buat keje. Agak kurang rajinlah gituh.

Tapi tak per....insyaAllah besar nanti boleh tolong ibu yer. Amin.

Sunday, November 1, 2009

NEK NYANG!!!!

Salam di hari minggu....arghh dah malam pun....
apa daaaaa....
ah, ape2 lah janji ada salam kan?

hari minggu nie dihabiskan masa kat rumah ibu jer. Mulanyer plan nak gi petang2 sikit setelah settle semua keje rumah. tetiba ibu call, cik normah jemput makan2 kat rumah dier pagi nie. aku lak baru balik dr pasar; tgh bersihkan ikan n simpan sayur2. so settle tuh, mandi2 zasss...terus ke rumah ibu. sampai jer tgk org pun dah siap2 nak keluar gi meminang. so malaslah nak pegi lagipun masih kenyang makan nasi lemak sarapan.

tengahari; bawa ibu gi belanja. balik lepak2 jap n tolong ann masak. masak siakap 3 rasa, sayur kobis masak lemak, sambal belacan n ulan kacang botol jer...sempoiiii....habis jer masak. rehat dulu sbb masih kenyang makan nasi impit. pukul 4ptg baru makan nasi ngan ann.

kul 6pm balik rumah sbb hubby blm makan.sian kat dier kan. tgh makan malam tadi tetiba adam tanya;
"bu, kenapa nenek tu meninggal?"
aku dah mula sebak teringatkan nenek
"nenek dah tua, sakit, pasal tulah nenek meninggal" jawab ayahnyer.
" nenek tuh la...nenek nyang tuh?" tanya adam lagi
" ye la nenek nyang lah, sakit pas tuh meninggal" jawabku pulak
" cam sape bu?. cam tok nek tu kan? dah meninggal, orang tanamlah." tambah adam lagi
aku dah tak leh nak tahan.....mata bergenang......