Thursday, July 21, 2011

Apam Polka Dot


    • apam polka dot

      Bahan-bahan ( 50 biji papercup medium )


      3 biji telur-dari peti sejuk(gred A)
      275 gm tepung gandum
      220 gm gula halus
      150 ml susu segar@susu cair
      3 sudu teh baking powder
      1 sudu kecil ovalette
      filling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa
      pewarna


      Cara-cara

      masukkan semua bahan apam kedal mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang
      bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan
      masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag
      picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja
      letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan
      picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.
      last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak.

3 comment(s):

nonie said...

rajin ko ina.........

E-Marlin said...

sana-sini masuk blog orang, mesti dok sebok menerai apam dot-dot ni... tapi saya mmg x minat la... sebb rasa apam dot-dot ni x sedap kat tekak saya..... tekak wanita melayu terakhir ni nak jugak makan apam asli tradisional huhu...apam dengan kelapa parut..pergh besh hehehe

Yatie Y said...

rajin nye la ko ina..comel2 je nampak..:)

♥_♥ Followers ♥_♥