Wednesday, September 28, 2011

Aleesya

Alhamdulillah macam cepat sungguh masa berlalu kan. Aleesya dah pun berusia setahun setengah bulan sepuluh ni. Jap jer kan. makanya oleh itu setahun setengah dah la ibu ni tak keje kan. ish ish bertahan gak aku kan. Dulu-dulu plan nak berhenti keje macam takut jer tak dapat bertahan...so far alhamdulillah. Stress ngan anak-anak jer la...ye la anak2 mmg berbeza perangai kan....time baik, ok le. Bila kena "seh" dia.... cakap pun buat "dek" ajer! Ha time ni mmg ibu boleh bertukar menjadi LION tau. 

Aleesya lak lately ni since dah boleh berjalan, pantang jer grill terbuka. Laju jer keluar. Time ibu nak sidai kain baju pun sama, dia pun sama sibuk nak sidai kain konon. Mula-mula ajer, pas tuh sibuk ler ngan aktiviti dia sendiri. Main pokok ler, maian tanah ler, konon2 nak cabut rumput ler....ada jer idea dia. Apa yg dia pernah nampak ibu dia ni buat itu ler yang dia nak buat pulak!!! So clever lah you dik.


Ni tengah usaha keras nak naik atas basikal abg Adam dia ni. Jenuh tuh...sbb  kaki tak sampai lagi kan. last-last nak pujuk ajak main kat luar...laju tinggal basikal, keluar jalan. 


Time nak ajak masuk pulak satu hal lagi....ssure mengamuk dulu baru nak masuk rumah ni. Ajak abg Adam lagi ler pujuk adik masuk. Nasib abang baik jer pulak mood dia hari tuh....ajak bergambar dulu kononnyer then ajak masuk sikit2...lastly masuk terus. 




Now dah pandai posing kalau nampak jer sesapa hala camera ke dia...haishhh geram pulak nengok dia ni tau. Sengeh2 pulak tuh....siap lentok2 kepala kekadang tuh. Hat bawah ni dia sendiri golek2 atas lantai masjid bila nampak ibu hala camera kat dia. mana tak geram tengokkan?

♥_♥ Followers ♥_♥